PADANG RENGAS: Sebanyak tujuh siri program Jelajah Chenderoh di Hati dilaksana setakat April lalu yang khusus untuk membantu rakyat dari sudut perbelanjaan keperluan asas khususnya barangan dapur.
Pegawai Khas Menteri Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berkata, program yang dirangka sebanyak 17 siri itu dilaksana setiap bulan mengikut zon dalam kawasan berkenaan.
“Penganjuran Jelajah Chenderoh di Hati membantu mengurangkan perbelanjaan dan meringankan beban penduduk DUN Chenderoh.
“setiap bulan saya akan buat program ini yang merupakan program di bawah Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar, DUN Chenderoh.
“Fokusnya adalah untuk meringankan beban penduduk setempat dan biasanya dalam program itu saya akan bagi sumbangan kotak makanan selain menganjurkan jualan murah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Ariff lagi, baki 10 lagi program sebegitu akan dianjurkan sehingga hujung tahun.


“Kita berharap supaya penganjuran Jelajah Chenderoh di Hati membawa impak positif kepada penduduk setempat terutamanya dalam soal ekonomi.
“Katanya, bagi meringankan beban dia juga turut menganjurkan jualan yang membantu masyarakat seperti kedai bergerak Amanjaya dan lain-lain.

“Kebiasaannya kita akan panggil Kedai Bergerak Amanjaya, Kedai Perak Sejahtera dengan memberi diskaun pembelian sehingga 15 peratus kepada penduduk DUN Chenderoh,” katanya lagi.




