Zambry bersahur bersama pelajar PUO

Berita Perak

IPOH: Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersahur bersama-sama pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) sempena program Semarak Ramadan KPT Singgah Sahur, awal pagi ini.

Menurut kenyataan PUO, ia merupakan kunjungan pertama beliau sejak memulakan tugas sebagai Menteri Pendidikan Tinggi pada 14 Disember lalu.

Beliau yang tiba kira-kira jam 4.15 pagi turut singgah di hostel penginapan pelajar untuk mengejutkan mereka bersahur sebelum bersama-sama menunaikan solat sunat Tahajud dan di Dewan Jubli Perak.

Di dalam ucapannya selepas solat subuh, Zambry mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar PUO untuk melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, kunjungan itu sangat bermakna dalam usaha melonjakkan kecemerlangan PUO untuk mencapai status Politeknik APEX pertama di Malaysia.

Dalam majlis sama, 10 pelajar turut menerima sumbangan RM200 seorang melalui Tabung Kebajikan Pelajar PUO.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.

YB Menteri singgah ke hostel / penginapan pelajar untuk kejut pelajar bangun bersahur