Warga emas melecur, kebakaran rumah, dua motosikal di Felcra Bandar Seberang Perak

Berita Perak

PASIR SALAK: Seorang warga emas melecur dalam kebakaran sebuah rumah yang turut memusnahkan dua buah motosikal di Felcra Bandar Seberang Perak, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang melecur di bahagian tangan telah dibawa ke Klinik Changkat Lada oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 1.07 tengahari.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berukuran 20’x70’ terbakar 60 peratus dibahagian belakang rumah serta melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Suzuki RC masing-masing terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, ketua operasi melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan).

Katanya, anggota bomba kemudiannya membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran 400 kaki, dua pancutan bersumber air dari pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

Selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampunh Gajah, operasi turut dibantu anggota dari BBP Teluk Intan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Noor Ahmad Mohd Sarif tamat jam 3.03 petang