Tarif baharu air Perak dimuktamad minggu hadapan

Berita Perak

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memuktamadkan kadar tarif baharu air di negeri itu minggu hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad walaupun kertas exco mengenai perkara itu dibawa dalam mesyuarat hari ini, tetapi ia belum dimuktamadkan.

“Belum muktamad keputusannya, memang ada kertas itu masuk hari ini tetapi kita ada perkara yang perlu kita perhalusi.

“Kita tangguh seminggu, minggu depan kita akan buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat (Kehormat) JBPM di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Januari lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.

Pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Pelaksanaan pelarasan tarif air ini adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri,
namun, kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan

Ekoran daripada itu beberapa buah negeri telah mengumumkan kadar baru tarif air di negeri masing-masing.

Terdahulu, Saarani bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin dan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya (Kehormat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.