IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,240,255.33 daripada lapan syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dengan jumlah RM355,528.73.
Katanya, ia disusuli Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar Operasi, Mohd Khairiri Mohamed Zubir sebanyak RM215,840.
“Ia diikuti Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan AmirulHakim Abdullah berjumlah RM1,099,504.99.
“Kemudian, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwakili oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan jumlah RM100,000,” katanya dalam kenyataan di sini.
Seterusnya, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, UAC Berhad diwakili oleh General Manager Government, Regulatory Affairs & Stakeholder Management, Mohd Najib Mohd Seth sebanyak RM 576,015.33 manakala Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili Pengerusi, Salleh Hudin blKamarudin berjumlah RM582,424.23.
Seterusnya, ujar beliau, Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Mohd Zamnuri Abidin dengan jumlahRM186,942.05.
“Majlis penyerahan zakat diakhiri Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Muhammad Tareq Mamat sebanyak RM124,000,” katanya.