KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM3.2 juta daripada lima syarikat korporat dan individu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan didahului Boustead Plantations Berhad diwakili Ketua Pegawai Kewangan, Nina Wirasatria Md Husni berjumlah RM250,676.
Katanya, ia disusuli penyerahan zakat pendapatan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang diwakili Syed Amir Nidzamuddin bin Syed Abu Hussin berjumlah RM2.4 juta.
“Ia diikuti Empayar Indera Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Besar, Datuk Hasrin Abdul Rahman berjumlah RM200,000.00.
“Seterusnya Perbadanan Aset Keretapi diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Azhar Ahmad berjumlah RM200,000,” katanya di sini.
Syamsul Hazeman berkata, penyerahan zakat terakhir oleh Public Islamic Bank Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi dengan jumlah RM200,000.
Menurutnya, majlis penyerahan zakat berkenaan seterusnya disusuli dengan majlis iftar bersama
kehadiran media, pertubuhan bukan kerajaan, korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia.

