TAPAH: Seorang remaja lelaki lemas selepas dipercayai tergelincir ketika memancing bersama-sama rakannya di sungai Kawasan Peranginan Kuala Woh, dekat sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 12.23 tengahari.
Menurutnya, sebaik tiba jentera di lokasi kejadian didapati mangsa, seorang remaja Melayu berumur 15 tahun, telah jatuh ke dalam sungai semasa memancing bersama rakan akibat tergelincir,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, komander operasi membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota melaksanakan pencarian dan memohon bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk hadir ke tempat kejadian.
Menurutnya, pencarian mangsa diteruskan secara ‘surface searching’ dan menggunakan peralatan ‘grippling iron’.
Tambahnya, mangsa telah ditemui pada jam 2.02 petang, berdekatan tempat dia disyaki terjatuh.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnyadan operasi ditamatkan pada jam 2.25 petang.