IPOH: Syarikat perumahan terkenal, Forte Emerald Sdn Bhd telah melancarkan Projek Perumahan Astana Chemor bertempat di Tapak Projek Astana Chemor, baru-baru ini.
Majlis pelancaran yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak,
Sandrea Ng Shy Ching itu dihadiri kira-kira 300 orang ejen hartanah, pegawai bank, pembeli dan penduduk setempat.
Astana Chemor merupakan projek perumahan mampu milik yang menawarkan runah teres dua tingkat Rumah berkeluasan 20’ x 65’ dengan harga bermula RM237,500.
Terletak di tengah bandar Chemor, Astana Chemor menawarkan lokasi yang strategik dan kondusif kepada pembeli.
Astana Chemor menawarkan sebanyak 61 unit rumah kepada pembeli.
Ketika majlis pelancaran Astana Chemor berlangsung, pengunjung ditawarkan pulangan wang tunai sebanyak RM500 dan tempahan serendah RM100.
Pengunjung yang hadir rata-rata tidak melepaskan peluang membuat tempahan pada hari pelancaran tersebut.
Turut sama hadir ketika majlis pelancaran tersebut adalah Pengarah Urusan Forte Emerald Sdn Bhd, Azrina Abdul Latif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP), Zaiteena Wan Nasir.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelakon drama “Andai Itu Takdirnya”, Razman Mahayuddin yang menjadi pengacara.
Pembeli yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi 018-942 1388 untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan Astana Chemor.