IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan, Poovenessvari a/p Tayalan, 17, yang dilaporkan hilang sejak 26 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, remaja tersebut beralamat di No.26 Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak 30010, Ipoh.
Ujarnya lagi, dia bertubuh kurus dan mempunyai kulit hitam manis.
Beliau berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477.
Atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.
