Polis minta bantuan kesan dua remaja hilang

Berita Perak

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua orang remaja yang diklasifikasi sebagai orang hilang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt. Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, dua individu itu dikenali sebagai Khishen Raj a/l Subramaniam dan remaja perempuan Orang Asli Nirma a/p Jimmy.

Kedua-dua mereka masing-masing berusia 17 tahun dan dilaporkan hilang sejak 28 Februari lalu.

Katanya, Khishen beralamat di 33, Persiaran Rishah 13, Taman Tinggi.

Tambahnya, tingginya sekitar 160cm, warna kulit gelap, berbadan kurus dan bekerja sebagai pembantu mekanik motosikal.

Sebarang maklumat boleh hubungi Sarjan Mohamad Azlan Mohd Noor di talian
019-5141791 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) 05-2451500.

Sementara itu, Nirma pula beralamat di Kampung Seri Makmur, Ulu Kinta.

Sebarang maklumat berhubung remaja perempuan itu boleh hubungi Sarjan Muhamad Nor Abd Aziz di talian 019-5744936 atau Balai Polis Tanjung Rambutan 05-5331222 atau IPD Ipoh
05-2451500.