IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Mendapat khabar duka akan pemergian sahabat saya, YB Tuan Haji Ishsam Shahruddin, ADUN Ayer Kuning lewat petang tadi.
“Ya Allahu Azza Wa Jalla, au ampunilah dosa-dosanya, Kau kasihanilah dia dan terimalah segala amalan kebaikannya di dunia ini.
“Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh. Allahumma-Amin,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya malam ini.
Ishsam, 59, dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.