MAIPK terima RM2.5 juta zakat perniagaan

Berita Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM2,537,234.15 dalam majlis penyerahan zakat perniagaan enam buah syarikat korporat di
Istana Kinta, di sini, hari ini.

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh BELATI yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Solan Derani dengan bayaran RM190,000 disusuli
Felcra Berhad Wilayah Perak yang diwakili Pengurus Besar Wilayah, Yusoff Razali dengan jumlah RM714,234.15.

Selain itu, Ladang Moccis Sdn. Bhd. yang diwakili Pengerusi Eksekutif, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM250,000 diikuti
Millenia Aqua Services Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi Millenia Aqua Services Sdn. Bhd., Datuk Hang Tuah Din (RM163,000).

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang diwakili Pengurus Besar, Ir. Saiful Azzuan Aznam dengan jumlah RM820,000 dan Royal
College of Medicine Perak yang diwakili oleh Ketua Eksekutif dan Ketua Kampus, Hissamuddin Omar (RM400,000).