Lelaki parah, kereta bertembung lori kontena di Sungai Siput

Berita Perak

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Rimba Panjang, di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.24 pagi.

Setelah itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput bergegas ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu di dalam kereta tersebut.

“Pemandu lori pula mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, mangsa kemudiannya dikeluarkan dari kenderaan tersebut dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan susulan.