Kempen penanaman 100 juta pokok, PUO tanam 100 batang dalam kampus

Berita Perak

IPOH: Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menunjukkan komitmen serius terhadap kelestarian alam sekitar melalui program khidmat masyarakat penghijauan kampusnya di sini.

Lebih daripada sekadar menanam pokok, program ini mencetuskan kesedaran kemampanan alam sekitar di kalangan mahasiswa dan warga kerjanya sambil mempromosikan tanggungjawab kolektif terhadap bumi serta mempraktikkan amalan-amalan lestari.

Penganjuran CSR ini selari dengan matlamat Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 dalam usaha mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok.

Inisiatif CSR ini juga sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik 2023-2030 dalam memanifestasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Sebanyak 100 batang pokok jenis Merawan Siput Jantan telah ditanam di sekitar kampus hasil kerjasama lebih 500 warganya yang terdiri daripada para pelajar dan warga kerja Politeknik Ungku Omar.

Program anjuran Unit Industri, Korporat Dan Kebolehpasaran (CISEC), Smart Green PUO dan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) turut mendapat kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Majlis perasmian Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr Shamsuri Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Azmi Mohd Zain.