IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan laksanakan penguatkuasaan tanpa rasa takut atau pilih kasih bagi menjaga keselamatan orang ramai.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengegaskan, JPJ tidak akan berkompromi dari segi penguatkuasaan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengusaha kenderaan berat dan logistik supaya memberi kerjasama dan tidak menggunakan khidmat tonto untuk mengugut anggota JPJ.
“Walaupun anggota penguatkuasa JPJ ini dia punya kuasa tak sama dengan pihak polis tetapi dari segi taraf, mereka punya tanggungjawab.
“Mereka adalah anggota penguatkuasa yang telahpun ditauliahkan oleh kerajaan.
“Itu sebabnya saya kata, kalau mana-mana pihak yang mencabar pihak penguatkuasaan sJPJ, mereja seolah-olah mencabar kedaulatan undang sebab mereka menjalankan tugas, diberikan amanah, ada punca kuasanya, ada punca kuasanya.
“Dia mengikut Undang-undang, jadi tidak boleh kita diancam, tidak boleh kita diugut,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis sambutan ulangtahun hari JPJ ke-79 yang bertemakan Reformasi – Sinergi – Intergriti di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Beliau mengakui penguatkuasaan terhadap kenderaan berat sekarang semakin ketat dan dilipatgandakan kerana banyak berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan berkenaan.
Menurutnya, JPJ juga sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam setiap operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan semua pihak.






