Jelajah Gerak Generasi Baru perluas program CSR di luar bandar

Berita Perak

KAMPAR: Sebanyak enam buah rumah di sini menjadi lokasi persinggahan bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksana Taj International College (TIC) pada Rabu.

Program jelajah Gerak Generasi Baru (GGB) yang berlangsung selama tujuh hari itu, bukan sahaja bertujuan turun padang mendekati golongan sasaran di kawasan luar bandar.

Tetapi juga, bermotifkan membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan sokongan serta bantuan.

https://kelabwanitaikon.com/vote-awim2425/ Jangan lupa Undi Wanita IKON PERAK sebagai IKON Wanita Malaysia

Kehadiran pasukan TIC ke enam buah rumah itu turut memberi keceriaan kepada penerima, khususnya yang sakit terlantar.

Tina Tajuddin selaku Pengerusi Eksekutif TIC turut menyantuni para penerima dan mendengar luahan mereka.

Di akhir kunjungan CSR, pasukannya turut menyampaikan bantuan kotak makanan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Antara kampung yang dilawati pada hari ketiga GGB adalah di Kampung Batu Berangkai, Kampung Padang Tembak dan Kampung Air Terjun.