Galasa Caldwell ketengah 50 hidangan Melayu klasik sempena Ramadan

Berita Perak

IPOH: Masih mencari-mencari lokasi terbaik untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga dan kenalan sepanjang Ramadan?

Anda boleh mencuba 50 jenis hidangan di Galasa Caldwell di sini yang mengetengahkan konsep Melayu klasik (tradisional), sesuai dengan selera tekak ramai.

Menurut Pegawai Jualan dan Pemasaran Galasa Caldwell, Nursyafiqah Zamri, menu utama ramadan tahun ini adalah kambing BBQ yang diperap dengan perapan istimewa.

“Tahun ini Galasa Caldwell menampilkan hidangan dan susun atur berkonsep Melayu klasik (tradisional).

“Kami mempunyai 50 jenis hidangan termasuk gerai makanan yang pasti menepati cita rasai orang ramai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, lokasi itu boleh memuatkan seramai 400 orang dalam satu-satu masa.

“Dewan di sini juga lengkap dengan pendingin hawa serta selesa kepada para pengunjung.

“Di samping kemudahan surau bagi lelaki dan wanita menunaikan solat Maghrib atau Isyak, parkir juga ada disediakan di dalam, luar serta sebelah kawasan dewan,” katanya lagi.

HUBUNGI :