DPPM Perak rakam tahniah pelantikan Tun Ramli sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Berita Perak

IPOH: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak menzahirkan ucapan tahniah diatas pelantikan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang kesembilan oleh Yang Dipertuan Agong baru-baru
ini.

Yang Dipertua DPPM Perak, Amirudin Tan Sri Tajudin berkata, pelantikan itu sangat tepat atas kredibiliti Tun Ramli yang berpengalaman luas sebagai penjawat awam, peguam, ahli politik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Besar dan
Speaker Dewan Rakyat.

“Tun Ramli adalah seorang tokoh berpengalaman luas dalam pentadbiran awam, dijangka membawa dinamisme baharu dalam memacu pembangunan negeri Pulau Pinang.

“Dengan pengalaman yang luas dalam kerjaya politik dan pentadbiran, diharap beliau dapat meneruskan legasi kecemerlangan serta memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tun Ramli, 84, telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 bagi tempoh selama 4 tahun.

Beliau menggantikan Yang Dipertua Negeri sebelumnya, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.

Tun Ramli berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari tahun 1982 hingga tahun 1999 dan juga merupakan bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Beliau juga merupakan pembesar Orang Besar Lapan Negeri Perak dan dikenali sebagai Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja.