Buruh warga Bangladesh maut: PERKESO sahkan kemalangan di tapak pembinaan

Berita Perak

IPOH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengesahkan insiden membabitkan seorang pekerja asing maut akibat terjatuh di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Bandar Meru Raya, di sini hari ini.

PERKESO dalam kenyataan pada Isnin berkata, kejadian yang berlaku jam 9 pagi itu membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh berusia 44 tahun yang sedang melakukan kerja-kerja binaan di Blok E bangunan tersebut.

“Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut untuk siasatan lanjut.

“Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Negeri Perak (JKKP) juga telah dimaklumkan dan ke kawasan kejadian untuk membuat penilaian awal berhubung kemalangan ini,” ujarnya kenyataan itu.

Dalam masa sama, PERKESO memaklumkan kerja-kerja pembinaan di lokasi blok terbabit dihentikan serta-merta sehingga hasil siasatan JKKP selesai.

Terdahulu, media melaporkan seorang buruh lelaki warga Bangladesh maut setelah dipercayai terjatuh dari kerangka besi setinggi lapan meter di tapak pembinaan bangunan PERKESO dekat Bandar Meru Raya.