Bomba bawa turun mangsa cedera ketika aktiviti mendaki di Bukit Kledang

Berita Perak

IPOH: Seorang wanita mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Kledang, Menglembu, bersama seorang lagi rakannya, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 999 mengenai kejadian itu pada jam 9.57 pagi.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi kejadian terima maklumat dari orang awam terdapat seorang mangsa perempuan berbangsa berusia 21 tahun mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti mendaki bersama seorang lagi rakannya.

“Anggota bergerak ke lokasi mangsa bagi melakukan kerja-kerja penyelamatan dan perlu berjalan kaki dengan mengikuti laluan ‘offroad’ anggaran sejauh satu kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up seterusnya mengarahkan anggota bergerak ke lokasi mangsa.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian pinggang diberi rawatan awal oleh anggota Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan memasang ‘cervical coller’ dan di bawa turun ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih tamat jam 2.27 petang.