Allahyarham Ishsam Shahruddin dilahir pada 31 Ogos 1966 di Bidor berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Ayer Kuning sejak 19 November 2022.
Sebelum menceburi dunia politik, beliau bermain hampir keseluruhan kariernya bersama pasukan Perak FA kecuali semusim bersama Negeri Sembilan FA pada tahun 1991.
Pada tahun 1990, beliau membantu Perak FA memenangi kejuaraan Piala FA Malaysia yang pertama.
Minatnya dalam bola sepak diteruskan apabila beliau menyumbang khidmat bakti sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak di samping
Presiden Bola Sepak Daerah Batang Padang dan Penaung Akademi Bola Sepak Ishsam.