Ulang tahun ke-10: Hotel WEIL pamer Pokok Krismas unik, dibuat daripada bahan kitar semula

Berita Perak

IPOH: Hotel WEIL telah menganjurkan Majlis Pencahayaan Pokok Krismas (Christmas Tree Lighting Ceremony) sempena ulang tahun ke-10 baru-baru ini.

Pokok krismas setinggi 15 kaki menjadi tarikan, sekali gus bagi meraikan Krismas tidak lama lagi.

Ia juga melambangkan kelestarian, kreativiti, dan keseronokan musim Krismas.

Tidak ketinggalan, Hotel WEIL turut mengundang 25 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Sinar Cahaya Anak Yatim LMS (Rumah Vincent Divine, Taiping).

Menurut jurucakap hotel berkenaan, pokok krismas yang dipamerkan itu dihasilkan daripada bahan kitar semula.

“Ia mencerminkan komitmen hotel terhadap kelestarian dan usaha ke arah pensijilan ESG (Environmental, Social, and Governance).

“Pokok Krismas tahun ini dihiasi dengan hiasan buatan tangan yang dihasilkan oleh kakitangan hotel.

“Reka bentuk ini menampilkan hiasan mesra alam, termasuk beruang kutub, gajah, dan arnab yang diperbuat daripada tuala yang digunakan semula.

“Serta pokok pain yang dibuat sendiri daripada kotak kadbod dan elemen kelestarian lain,” katanya lagi.

Penambahan kesan khas pencahayaan yang memukai dan elemen gimik turut pada pokok itu turut menjadi tarikan.

Pokok setinggi 15 kaki itu menampilkan 10 peringkat perhiasan yang mempesonakan, setiap satu lebih menawan daripada yang sebelumnya.

“Dalam semangat kemurahan hati dan kemasyarakatan, acara itu mengangkat tema perpaduan, harapan dan perayaan.

“Sekali gus mengajak orang ramai bersama untuk berkongsi kegembiraan musim ini,”katanya.