Program Tamilar Thirunaal 2.0 medium pelajar tonjolkan bakat kebudayaan

Berita Perak

IPOH: Dalam menjadikan usaha Politeknik Ungku Omar pusat menghasilkan graduan TVET berkualiti dan holistik, Kelab Tarian Kebudayaan India dibawah Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, PUO telah mengadakan Program Aspirasi Budaya Kebangasaan, Tamilar Thirunaal 2.0 tahun 2024, semalam.

Program dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, Thulsi Thivani Manogaran di Dewan Jubli Perak, PUO.

Dalam ucapannya, wakil rakyat itu berkata program sebegitu menjadi platform yang baik bagi para pelajar menpertengahkan bakat mereka disamping meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan kebudayaan India.

Beliau turut memberi motivasi kepada para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri, mempertingkatkan kemahiran insaniah dan prihatin terhadap perkembangan sosial sekitar mereka.

Seramai 350 pensyarah, pelajar dan alumni PUO telah mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional India seperti tarian bharatanatyam, silambam, memasak ponggal, melukis kolam, melukis inai dan pelbagainyay

Menurut Penasihat Program dan kelab, Ts.Dr. Ramu Velusamy, program itu merupakan salah satu program pembangunan pelajar bagi memenuhi KPI 4, JPPKK yang memberi peluang kepada pelajar bagi mempamerkan daya kepimpinan, kemahiran pengurusan acara dan kemahiran berkomunikasi.

“Program ini juga bertindak sebagai platfrom bagi warga Politeknik Ungku Omar mengeratkan silaturahim dan perpaduan kaum melalui aktiviti kebudayaan masyarakat India,” ujarnya.