Sempena sambutan Deepavali, Parti Indian Progressive Front (IPF) Bahagian Tambun telah menganjurkan program sambutan Deepavali serta penyampaian sumbangan barangan makanan kepada masyarakat setempat.
Program yang berlangsung di Dewan Komuniti Klebang Restu semalam itu dihadiri Ahli Majlis, Datuk Mazlan yang turut menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada para penerima.


Turut hadir, Pengerusi IPF Negeri Perak, Manickam serta beberapa pemimpin dan wakil bahagian parti berkenaan.
Sumbangan barangan makanan berupa barangan keperluan harian itu diberikan kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada usaha membantu masyarakat sempena perayaan Deepavali.
Datuk Mazlan berkata, penganjuran program seumpama itu amat bermakna dalam usaha memperkukuh semangat perpaduan, persaudaraan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat India.
Program berkenaan dianjurkan di bawah pimpinan Ketua IPF Bahagian Tambun, Rajendran dan mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri orang ramai.







