Pilihan menu makanan menarik di Kejap Food, pertama di Perak

Berita Perak

TRONOH: Enam pilihan kebab dan nasi merupakan antara menu yang ditawarkan di premis Kejap Food di stesen minyak Shell, di sini.

Premis yang baru beroperasi itu merupakan pertama di Perak dan terletak di lokasi strategik lebuh raya Lumut-Ipoh.

Menurut Duta Kejap Food Shell Tronoh, Nabilah Kashogy, premis itu turut menawarkan pelbagai makanan ringan dan minuman, termasuk roti aiskrim dan bubur.

“Pembukaan Kejap Food di stesen minyak Shell Tronoh memberi kelainan baharu kepada penggemar makanan.

“Ia membolehkan pengguna lebuh raya singgah menikmati hidangan yang cukup lazat serta menyelerakan.

“Anda semua perlu singgah di sini untuk rasai sendiri makanan makanan yang tersedia. Lokasinya di tengah-tengah lebuh raya antara Lumut ke Ipoh iaitu berada di stesen minyak Shell Tronoh.

“Apabila menyelusuri lebuh raya ini, anda boleh singgah untuk mengisi minyak dan menikmati pelbagai menu yang ada di Kejap Food,” katanya.

Ada enam pilihan kebab termasuk ayam dan daging seperti Kebab Ayam Sambal Pedas, Kebab Ayam Buttermilk dan Kebab Daging Hitam.

Turut disajikan, enam pilihan nasi antaranya Ayam Sambal Pedas, Ayam Sambal Hijau serta Ayam sambal penyet.

Kejap Food menyediakan pilihan hidangan secara ala-carte dan set.

Setiap set diberikan sekali dengan air dan juga kentang goreng.

Sekiranya mahukan hidangan yang ringan, ada keropok lekor, karipap, pisang goreng, bertih jagung sotong dan ayam.

Tambah Nabilah, tidak lengkap sekiranya pengguna yang melalui lebuh raya tersebut tidak singgah di sini dan mencuba semua menu sambil berehat.

Selain itu, minuman white coffee di sini juga mampu menyegarkan diri untuk kembali meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.