TAIPING: Seramai 66 orang daripada 23 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan bencana banjir yang berlaku di Kampung Simpang Halt, malam tadi.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Bencana Daerah, daerah Larut Matang dan Selama (LMS) merupakan daerah yang terjejas.
Katanya, jumlah tersebut meningkat berbanding 30 orang daripada 11 keluarga setakat 12 malam.
Kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Simpang Halt, yang mula dibuka pada 10 malam tadi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan cuaca di negeri Perak hampir semua daerah akan hujan di sebelah petang dan malam.