Kemalangan dua treler, sebuah dengan muatan ammonium nitratedi Lebuhraya Utara – Selatan

Berita Perak

TAPAH: Dua buah treler terlibat dalam kemalangan di Kilometer 319.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, pagi ini.

Sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru/nat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.41 pagi.

Katanya, kemalangan menyebabkan kedua-dua pemandu treler mengalami kecederaan ringan tetapi tidak tersepit.

Mangsa-mangsa dirawat oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)

Setakat ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dalam perjalanan ke lokasi.

Operasi diketuai PBK II Abd Rahman Ibrahim.

[UPDATE]

Kemalangan dua treler di Lebuhraya Utara Selatan: Nasihat polis

TAPAH: Berikutan kemalangan yang melibatkan dua buah treler di Kilometer 319.6 Lebuhraya Utara Selatan, laluan Tapah – Gopeng, pagi ini, pihak polis mengeluarkan nasihat kepada pengguna lebuhraya.

  1. Kenderaan Yang hendak ke Utara di kehendaki keluar Tol Tapah ikut jln persekutuan menghala ke Kampar, masuk semula ke Tol Gopeng
  2. Kenderaan Yang hendak ke Selatan ( KL) setakat ini boleh teruskan perjalanan seperti biasa.

OCPD Tapah

Foto JBPM Perak