IBTiS 2024 Platform ketengah graduan sedia industri

Berita Perak

IPOH: Industrial-Based Technology and Innovation Symposium (IBTiS 2024) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO).

Ia bagi pelajar-pelajar tahun akhir program berkenaan yang juga di kenali sebagai program BCT (Bachelor of Civil Engineering Technology), di mana mereka akan membentangkan dan mempamerkan hasil projek yang telah dibangunkan semasa menjalankan program “Work-Based Learning (WBL)” di industri.

Hasil projek/produk/inovasi pelajar-pelajar WBL ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian masalah berpandukan industri atau juga di kenali sebagai “industrial-based problem-solving”.

IBTiS 2024 yang dijalankan pada 11 Jun hingga 13 Jun lalu di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican PUO, merangkumi sesi pembentangan dan pameran projek industri, serta perrkongsian pakar industri.

Pengarah program IBTiS 2024,
Ts. Dr. Sunitha V. Doraisamy, berkata, semua projek pelajar yang dibentangkan adalah dihasilkan dengan kerjasama industri semasa mereka menjalani program WBL)”selama setahun.

Program WBL adalah direkabentuk khas untuk menghasilkan graduan politeknik yang dapat memenuhi keperluan semasa industri.

Melalui WBL, pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ditimba di politeknik bagi menyelesaikan masalah sebenar di tempat kerja dan memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar dalam persekitaran kerja yang sebenar.