Harimau dahan mati dilanggar di WCE, pengguna lebuh raya diminta lebih berhati-hati

Berita Perak

IPOH: Pengguna Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) diminta supaya lebih berhati-hati ketika melintasi laluan berhutan lebuh raya berkenaan.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, mereka juga diminta
ketika melalui kawasan itu, pengguna diminta mengurangkan kelajuan, terutama sebelah malam.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan risiko mereka terlanggar haiwan liar yang mungkin melintas.

“Kita mohon pengguna jalan raya berhati-hati bila melintasi laluan yang berhutan bila melintasi laluan yang berhutan kurangkan kelajuan terutama sebelah malam berikutan kemungkinan haiwan melintasi,” katanya di sini, hari ini.

Kok Lim turut memohon jasa baik orang ramai agar membuat laporan segera sekiranya bertemu hidupan liar dilanggar kenderaan.

Beliau berkata demikian diminta mengulas penemuan kejadian bangkai seekor harimau dahan di Kilometer 253.3, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Taiping, semalam.

Terdahulu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, siasatan mendapati mamalia yang nama saintifiknya, Neofelis Nebulosa itu dipercayai telah mati dilanggar kenderaan di lokasi kejadian.

Menurutnya, harimau jantan seberat 20 kilogram itu dianggarkan berusia lima tahun dan pihaknya telah mengambil bangkai haiwan itu, petang semalam.

Berdasarkan keadaan bangkai yang telah kembung dan busuk, Perhilitan percaya harimau dahan itu telah dilanggar kenderaan dua hari sebelumnya.