29,310 permohonan Tahun Satu di Perak setakat Mac

Berita Perak

IPOH, 17 April- Permohonan kemasukan murid Tahun Satu di Perak bagi sesi akademik 2027 direkodkan sebanyak 29,310 setakat 31 Mac lalu, melibatkan dua kumpulan umur iaitu enam dan tujuh tahun.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata daripada jumlah tersebut, 4,283 permohonan adalah bagi murid berusia enam tahun.

Jelas beliau, daerah Kinta Utara merekodkan angka tertinggi membabitkan 1,595 permohonan.
Manakala baki 25,027 permohonan melibatkan murid berusia tujuh tahun .

“Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat anggaran untuk sesi persekolahan 2027 terutama dari segi kerusi meja, buku teks dan keperluan guru. Dari segi data kita sebenarnya mampu untuk menerima kemasukan pelajar walaupun melibatkan dua kohort enam dan tujuh, ” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan
Dewan Negeri Perak, hari ini.

Tambahnya, kapasiti keseluruhan penempatan murid Tahun Satu di negeri itu dianggarkan sebanyak 49,499 tempat.