Majlis Penyerahan Kunci RKAT Markas Stesen Staf Taiping

Berita Perak

TAIPING: Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Markas Stesen Staf Taiping (MSS Taiping) di RKAT Denaro Line dan RKAT Salerno Line, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, RKAT Denaro Line dan RKAT Salerno Line telah dibina pada tahun 1952.

Senggaraan 100 unit RKAT Denaro Line yang dilaksanakan oleh Markas RAJD 2 Divisyen dengan kerjasama MATM-BPKP dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah
bermula pada 7 Mac 2023 hingga 31 Januari 2024 membabitkan kos berjumlah RM8,412,000.

Manakala senggaraan 6 unit RKAT Salerno Line dan 1 unit RKAT
Drummond Hill yang dilaksanakan oleh JKR telah bermula pada 10 Julai hingga 27 November 2023, membabitkan kos RM 495,000.

Simbolik penyerahan replika kunci RKAT Kelas G Flat telah disampaikan kepada wakil
penghuni RKAT Denaro Line iaitu Bdr Ayob bin Ismail dari pasukan Rejimen Ke-23 Artileri Diraja (23 RAD) mewakili 100 ketua isi rumah.

Manakala, penyerahan replika
kunci RKAT Kelas G Teres pula telah disampaikan kepada Bdr Mohd Fadhil Hanis Roslan dari pasukan 23 RAD yang mewakili 7 ketua isi rumah RKAT Salerno Line dan
RKAT Drummond Hill.