TAPAH – Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.
Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi dan berkata, kenyataan media rasmi berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial.




