WEIL HOTEL BUFFET RAMADAN 2026

Berita Perak

WEIL Hotel memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 “Sajian Seribu Rasa” yang menampilkan lebih 100 hidangan unik dari 20 Februari hingga 20 Mac ini di Tiffin All Day Dining.

Disajikan dari jam 7 malam hingga 10.30 malam, bufet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan pelbagai rasa, budaya dan tradisi dalam satu lokasi.

Antara tarikan utama ialah Kaki Lembu Al-Barakah, Ayam Tandoori Bersalut Keju serta Pasta Roda Keju Gergasi yang disediakan secara langsung. Konsep ala bazar Ramadan turut diketengahkan menerusi pelbagai pondok makanan seperti ayam goreng berempah, gulai kawah, sate, aneka goreng-gorengan serta ikan dan sotong bakar.

Kelainan lain termasuk Roti John Oppa berinspirasikan Korea, selain kaunter ais kacang dan coconut shake yang menyegarkan selepas seharian berpuasa.

Bufet ini turut menampilkan hidangan utama seperti kambing masak kicap manis, ikan masak tiga rasa, ketam masak cili Thai dan nasi mandy. Pilihan pencuci mulut pula merangkumi kuih-muih tradisional Melayu, kunafa, tiramisu, coklat pancuran dan ais krim.

Lebih 15 jenis minuman disediakan secara bergilir, selain pilihan sushi dan pelbagai sup bagi memenuhi selera pengunjung pelbagai peringkat usia.

Harga bufet ialah RM158 nett bagi dewasa, RM148 nett untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM118 nett bagi kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun untuk bukan ahli. Ahli WEIL Horizon yang membuat pembelian awal sebelum 18 Februari 2026 menikmati harga istimewa RM148 nett (dewasa), RM138 nett (warga emas) dan RM108 nett (kanak-kanak). Kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah makan secara percuma.

Bagi tempahan berkumpulan dan majlis iftar korporat, pakej beli 10 percuma satu serta beli 20 percuma tiga turut ditawarkan, termasuk harga istimewa untuk ahli WEIL Horizon.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi atau WhatsApp +60 12-502 9228.