Sultan Nazrin berangkat ke majlis Permasyhuran Presiden KBGK 2026

Berita Perak

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2026 di sini malam tadi.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam majlis itu, Arkitek Ismail Mohamed Yusoff, 68, dimasyhurkan sebagai presiden ke-39 kelab berkenaan menggantikan Muhammad Hamzah Md Hamdan.

Ismail dalam ucapannya berkata di bawah kepimpinannya, KBGK akan melaksanakan beberapa program baru, antaranya mengambil Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Perdana, Seri Iskandar sebagai sekolah angkat terbaharu dan memperkenalkan podcast sendiri yang dikenali Keledang Podcast.

Menurutnya, KBGK akan terus memberi murid SK Iskandar Perdana pendedahan seperti apa yang telah disajikan pada program sebelum ini.

Beliau percaya apabila murid-murid didedahkan kepada pelbagai seni warisan budaya dan bangsamereka akan lebih beradab dalam budaya, jati diri dan mempunyai nilai murni untuk menghargai negara dan bangsa dari peringkat sekolah rendah lagi.

Menurutnya, Keledang Podcast berfungsi sebagaimedium penyampaian mesej kebajikan, perkongsian kisah kemanusiaan serta penghubung antara kelab dan masyarakat.

“Ia akan dapat menyumbang kepada peningkatan kesedaran sosialserta memperluaskan lagi jangkauan usaha kebajikan dari kelab ini,” ujarnya.

Selain itu, katanya, mereka akan bekerjasama dengan beberapa rakan strategik, antaranya Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Nesakaranggal Perak (Helpinghands) dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata, sebagai sebuah pertuduhan bukan kerajaan (NGO) dibawah naungan Sultan Perak, KBGK juga akan menekankan kepada intergrasi antara kaum dengan penglibatan pelbagai NGO dari semua kaum.

Ditubuhkan pada 1976, KBGK mempunyai keahlian yang terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli perniagaan, wakil politik dan golongan profesional dengan menganjurkan program kebajikan dan kemanusiaan.