IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memaklumkan semua aktiviti pengorekan jalan dalam kawasan pentadbirannya akan diberhentikan sementara bahawa memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan orang awam sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2026.
MBI dalam kenyataannya berkata, pemberhentian sementara itu melibatkan semua kerja yang telah dikeluarkan permit pengorekan jalan dan akan berkuat kuasa dalam tempoh 14 Februari hingga 22 Februari depan.
MBI menegaskan bahawa arahan ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan lalulintas, mengurangkan risiko kemalangan, serta memastikan persekitaran bandar berada dalam keadaan kemas dan selamat sepanjang tempoh perayaan.
Bagaimanapun, kata kenyataan itu, sekiranya terdapat kerja-kerja kecemasan yang perlu dilaksanakan, pihak berkaitan diminta menghubungi Bahagian Pemajuan, Jabatan Kerja Awam MBI di talian 05-208 3469.
MBI menyeru semua pihak yang terlibat agar memastikan tapak kerja berada dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum tempoh penangguhan kerja bermula.





