IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil maklum laporan serta aduan orang awam berkaitan kerosakan laluan pejalan kaki di kawasan Greentown, di sini.
Kenyataan MBI memakluman, Team Atur Cepat (Quick Response Team – QRT) telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dan memasang semula slab laluan pejalan kaki tersebut hari ini bagi memastikan keselamatan pengguna awam.
“Difahamkan, slab berkenaan sebelum ini telah jatuh ke dalam longkang, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pejalan kaki.



“Tindakan segera telah diambil oleh pihak MBI sebaik menerima maklumat berhubung perkara tersebut,” kata kenyataan itu.
MBI sentiasa komited dalam memastikan kemudahan awam berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.
Orang awam digalakkan untuk terus menyalurkan aduan melalui saluran rasmi MBI bagi membolehkan tindakan segera diambil.
MBI amat menghargai kerjasana dan keprihatinan semua pihak.





