Banjir kilat: Mangsa di Perak terus meningkat

Berita Perak

IPOH: Mangsa banjir kilat di tiga daerah di Perak meningkat kepada 150 orang daripada 50 buah keluarga setakat jam 8 pagi Jumaat.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, menjadikannya enam buah, masing-masing sebuah di Daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar serta empat di Larut Matang Selama.

PPS baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok yang menempatkan 25 orang mangsa dari 12 keluar daripada Kampung Temerlok dan Kampung Nibong.

Selain PPS SK Temerlok, tiga PPS yang dibuka di Daerah Larut Matang Selama ialah Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong yang menempatkan 36 mangsa, Dewan Orang Ramai Jebong Kiri (8) dan Masjid Al-Wusta Batu 8 (9).

Di Hilir Perak pula, seramai 42 mangsa dari 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di Kuala Kangsar pula, 30 mangsa dari 12 keluarga dipindahkan ke PPK Sekolah Kebangsaan Periang.

Terdahulu, berdasarkan laporan awal Angkatan Pertahanan Awam, setakat pagi Jumaat, seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 125 orang daripada 40 keluarga.