Atlet muda boleh berdikari dengan ‘learn & earn’

Berita Perak

IPOH: Program ‘learn and earn’ kini diperluas kefahamannya kepada lebih 200 atlet muda menerusi kerjasama strategik Taj International College (TIC) dan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kinta Utara.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin memberitahu, atlet muda yang mempunyai potensi besar dalam bidang sukan boleh berjaya tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak lain.

Dengan itu, konsep ‘learn and earn’ atau belajar dan jana pendapatan yang diperkenal TIC itu sesuai dipraktik bagi mencapai tujuan tersebut.

“Sebagai Ikon Wanita Perak, saya bergerak ke daerah di negeri ini dengan membawa konsep ‘learn and earn’.

https://kelabwanitaikon.com/vote-awim2425/ Jangan lupa Undi Wanita IKON PERAK sebagai IKON Wanita Malaysia

“Bukan hanya kepada pelajar sekolah, tetapi konsep ini turut merangkumi golongan suri rumah, wanita bekerjaya dan belia.

“Seperti hari ini, kita ada kumpulan atlet muda dari MSSD Kinta Utara, kita setuju bekerjasama sebagai rakan strategik.

“Atlet pun boleh berjaya di luar tanpa harapkan bantuan, mungkin selepas ini mereka mahu lanjutkan pelajaran dan dalam masa sama jana pendapatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Gerak Generasi Baru Peringkat Atlet MSSD Kinta Utara, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tina berkata, isu pelajar tidak mahu meneruskan persekolahan atau sambung belajar boleh memberi impak besar jika tidak dibendung.

Dikenali dengan misinya untuk memartabat pendidikan, beliau tidak mahu golongan muda berhenti belajar kerana kekangan kewangan, termasuk terpaksa menampung keluarga.

“Pelajar lepasan SPM termasuk atlet dan sebagainya boleh ikuti program ‘learn and earn’ di TIC.

“Kita ajar mereka seawal semester 1 dengan jana pendapatan, secara minimum RM1,000 pulangan sebulan.

“Kita ada tiga kaedah untuk itu, iaitu ‘freelance’, pempengaruh atau pencipta kandungan serta perantis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Tina berkata, sebagai rakan strategik, pihaknya juga sedia memberi kemudahan sukan kepada para atlet.

“Tidak banyak kampus di Ipoh yang ada kemudahan sukan, namun di TIC memang lengkap dengan kemudahan itu.

“Termasuk padang bola, futsal dan bola jaring. Pendek kata TIC merupakan kampus yang mesra atlet,” katanya lagi.