Zumbafest tarik warga Tambun amal cara hidup sihat – Mazlan

Berita Perak

IPOH: Kesibukan aktiviti harian menyebabkan ramai orang terlupa untuk bersenam, sehingga separuh individu dewasa di negara ini berdepan masalah berat badan berlebihan.

Kempen kesedaran “My Best Me” yang baru dilancarkan oleh Zuellig Pharma mendedahkan bahawa punca obesiti di Malaysia bukan hanya kerana makan berlebihan, tetapi juga kerana kurang faham bahawa obesiti adalah penyakit kronik yang perlu diurus secara menyeluruh.

Antara faktor utama termasuklah punca obesiti kurang bersenam, pengambilan makanan tinggi karbohidrat terproses, serta gaya hidup moden yang banyak bergantung kepada gajet dan kerja sedentari.

Sehubungan itu, Ketua Whip Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman mengambil inisiatif menganjurkan Zumbafest bagi menggalakkan orang ramai, khususnya yang tinggal di sekitar Tambun untuk bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat.

Menurutnya, walaupun program itu khusus untuk anak-anak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, namun sambutan turut diterima daripada golongan remaja dan generasi pertengahan sekitar Ipoh.

“Yang paling pentingnya, saya ingin mengajak komuniti tersebut untuk menjaga kesihatan.

“Bila kita nak berumur, pengakhiran hidup kita ni yang penting adalah kesihatan, bila sihat, kita boleh jalani kehidupan dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Mazlan berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan program seumpama itu yang lebih besar selepas Hari Raya Aidilfitri di Dewan Bandar Baru Tambun.

Sehubungan itu, beliau mengajak anak muda tanpa mengira ideologi politik untuk bersama-sama mengambil bahagian di dalam program seumpama itu, sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, beberapa peserta yang mengambil bahagian menyifatkan program Zumbafest sangat memberi faedah kepada mereka.

“Sebenarnya banyak faedah dan manfaat yang kita dapat, terima kasih kepada Datuk Mazlan yang menganjurkan program ini,” kata Instruktor, Zin Nad.

Nyna Ramza pula berharap program seumpama itu wajar diadakan lebih kerap bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

“Anak-anak muda kena mengambil bahagian dalam BN program seumpama ini sebab kita perlu jaga kesihatan sejak dari muda lagi.

“Kita semakin tua, oleh itu kita kena jaga kesihatan, pemakanan di samping perlu selalu bersenam supaya terus sihat,” katanya.