IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dekat Kampung Tebing Pasir Puteh di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 61 tahun itu dijumpai di bahagian dapur rumahnya.
Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 2.35 pagi, seterusnya seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B berukuran 30’ X 40’ persegi musnah terbakar 90 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa rentung telah dijumpai di bahagian dapur.
“Bomba kemudiannya membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya pada Ahad.
Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


