Wanita ditemui maut dalam kereta ketika jaga bapa di wad

Berita Perak

IPOH: Seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang kereta, dekat kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, siasatan mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad hospital itu dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

“Dengan bantuan dari pihak bomba, pintu kereta berjaya dibuka dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan hari ini,” katanya pada Rabu.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan kerana sekiranya enjin kenderaan dimatikan, sistem pengudaraan tidak berfungsi.

Selain itu, katanya, ketiadaan oksigen boleh menyebabkan kematian secara tiba- tiba.