MANJUNG: Unit K9 atau Unit Anjing, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah dihubungi bagi membantu operasi pencarian tiga remaja yang dikhutiri lemas di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Manjung, Perak pada petang Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam berkata, ketua operasi telah membuat ‘size-up’ dan mengaplikasikan konsep LAST
dengan melaksanakan pencarian menggunakan kaedah pencarian dipermukaan air dan tebing sungai.
Menurutnya, ketika ini air sungai berada dalam keadaan air pasang dengan bacaan 2.37 meter.
Katanya, kawasan kejadian merupakan kawasan ladang sawit, jarak dua kilometer dari jalan besar dan hanya sesuai dilalui dengan kenderaan 4X4.
Sayani berkata, identiti ketiga-tiga mangsa juga telah diketahui.
Mereka ialah Chew Darumaraj, 14,
G. Sarath a/l Ganeson, 16, dan T.
Eishwarpillai a/l Thayalan, juga 16 tahun.
Tiga rakan itu hilang ketika dikatakan sedang memancing dan mandi manda di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Manjung, Perak pada petang Isnin.
Pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada sistem MERS 999 pada jam 3.26 petang.
Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) disertai 42 anggota dari pelbagai agensi seperti bomba 16 orang termasuk empat dari unit Pasukan Pencarian Di Air (PPDA), polis (10), Polis Marin enam, termasuk dua orang penyelam dan 10 orang awam.
Difahamkan operasi ditangguhkan jam 7 malam dan akan disambung pagi Selasa.