IPOH: Sebuah treler yang membawa muatan sabun pencuci terbabas lalu melintangi jalan dekat kilometer (km) 256.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.
Kemalangan itu juga menyebabkan seorang lelaki berusia 39 tahun cedera parah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.06 tengah hari.
Katanya lagi, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut.
“Setelah kerja-kerja mengalihkan treler dilakukan pihak PLUS, ketua operasi mengarahkan anggota melakukan pembersihan sisa kemalangan di lokasi tersebut,” katanya.



