Tiga dikhuatiri lemas di Kampung Acheh

Berita Perak

MANJUNG: Tiga orang dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Acheh, Segari di sini, pada petang Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.26 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan itu.

“Kami terima makluman daripada sistem MERS 999 berlaku satu kes tiga mangsa lemas di Kampung Acheh, Segari-Sitiawan.

“Jentera bantuan BBP Pantai Remis telah diarah ke lokasi memandangkan jentera BBP Sitiawan sedang menghadiri kes api lalang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi.

Berita lanjut nenyusul…