TIC bantu ketengah hala tuju pelajar lepas SPM, pendidikan sepanjang hayat

Berita Perak

BATU GAJAH: Hala tuju pelajar dalam hidup selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan fokus utama yang mahu diketengahkan oleh pihak pentadbiran SMK Pusing, di sini.

Menurut Pengetuanya, Dr. U. Magaswari, kehadiran pasukan Taj International College (TIC) yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, Tina Tajuddin ternyata banyak memberi banyak impak kepada pelajar yang terbabit.

Jelajah Gerak Generasi Baru (GGB) yang mengetengahkan tajuk ‘Empower Your Future’ memulakan jelajahnya di SMK Pusing, dengan seramai 160 pelajar Tingkatan 5 terlibat.

https://kelabwanitaikon.com/vote-awim2425/ Jangan lupa Undi Wanita IKON PERAK sebagai IKON Wanita Malaysia.

Magaswari menambah, motivasi hala tuju pelajar selepas SPM itu penting dalam memastikan kesemua mereka lebih cakna dengan pendidikan dan masa depan.

“70 peratus daripada pelajar di sini merupakan dalam kalangan keluarga B40, isu utama mereka adalah mungkin mereka tiada hala tuju dalam hidup.

“Mereka tidak tahu kepentingan SPM dalam hidup. Jadi saya rasa Puan Tina merupakan seorang yang layak memberi nasihat dan tunjum ajar dalam pendidikan.

“Beliau boleh beri semangat kepada para pelajar di sini, kerana pelajar ini perlukan satu perubahan dalam diri,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Dalam pada itu, Magaswari berkata, pihaknya juga akan menganjurkan program sama dengan memperluas kepada Tingkatan 3 dan 4 selepas ini.

“Kita perlu beri pendedahan awal supaya mereka boleh ubah dan tahu hala tuju.

“Pendidikan itu penting, tidak boleh sambil lewa kerana ia akan menentukan masa depan mereka nanti,” katanya lagi.

SMK Pusing di daerah Kinta menjadi lokasi pertama jelajah Gerak Generasi Baru (GGB) yang akan menjengah ke 12 daerah di Perak dari 22 hingga 30 Julai ini.

Dalam amanatnya kepada para pelajar, Tina sempat berpesan supaya mereka tetap mengutamakan pelajaran meskipun dunia sudah berdepan dengan pelbagai teknologi moden.

“Kita boleh main permainan dalam talian, mengikuti trend media sosial dan aplikasi, namun perlu diingat bahawa pelajaran lebih utama.

“Saya mahu para pelajar bulatkan tekad dan sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan capai cita-cita yang dihajat,” katanya.