Tiada operasi kolumbrium, krematorium di Bandar Baru Tambun – ADUN Hulu Kinta

Berita Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad memberi jaminan bahawa tiada operasi kolumbrium dan krematorium di Bandar Baru Tambun.

Sehubungan itu, katanya, penduduk kawasan sekitar tidak perlu bimbang mengenai perkara tersebut.

“Saya beri jaminan, selagi saya menjadi wakil rakyat di sini, saya tidak akan membenarkan kolumbrium dan krematorium beroperasi di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk di Tapak Perkuburan Swasta di Taman Perpaduan Indah di sini, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk sekitar kawasan berkenaan selepas melihat kerja-kerja pembinaan terus dijalakan di tapak tersebut.

Arafat berkata, beliau juga telah memohon kepada pihak pentadbir tanah Kinta untuk pembatalan pewartaaan kawasan itu bagi tujuan tapak perkuburan swasta.

Tambahnya, pihak berkenaan telah memaklumkan kepadanya bahawa permohonan tersebut dalam proses untuk ulasan sebelum akhirnya diangkat untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri.

“Kita beri masa kepada proses-proses ini berjalan tetapi perkara pokoknya ialah, saya bersama penduduk tidak bersetuju operasi kolumbrium dan krematorium di sini,” ujarnya.

Mengenai kebimbangan penduduk kononnya kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian masih dijalankan, beliau menjelaskan, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hanya membenarkan kerja-kerja kecil untuk membaiki struktur bumbung.

“Malah, pihak MBI telah mengeluarkan kompaun RM5,000 kerana melanggar syarat kebenaran melakukan kerja-kerja kecil,” katanya.

Residents who are against the project started a group called Action Committee Against Crematorium and Columbarium in protest of the plan.

Adjacent to Bandar Baru Tambun is Taman Perpaduan Indah and more than 10 other housing estates with a population of over 30,000 people.

Tokong untuk penganut budha

RESIDENTS in Bandar Baru Tambun, Ipoh and its surrounding areas are seeing red over plans to build a crematorium and columbarium on a piece of land close to their homes.

Pagoda
15 Julai mbi keluar kompaun RM5,000