Chemor-Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 1925 dan terkenal bukan sahaja di negeri Perak malah di seluruh Malaysia, iaitu Samy Restauran Chemor telah mengadakan majlis pembukaan semula pada 16-2-2026 selepas berehat seketika.
Majlis pembukaan yang berlangsung di No. 70 & 72, Jalan Besar, Chemor itu telah dihadiri oleh orang ramai dalam jumlah yang besar. Sempena pembukaan tersebut, pelanggan turut menerima cenderahati berupa veshti dan saree.
Restoran ini mengambil sedikit masa untuk dibuka semula kerana kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan. Selepas tempoh penutupan sementara, ia akhirnya dibuka kembali pada hari ini (16-2-2026) jam 11 pagi.Pelbagai jenis makanan India disediakan di restoran ini, antaranya:
• Malli dosa, masala dosa, sambar dosa, idli bersama chutney
• Masala vadai, ulundu vadai
• Aneka poriyal dan sayur goreng
• Sambar, rasam, mor kuzhambu
• Nasi curd, nasi tomato



Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan makanan India yang lain
Restoran ini bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis hidangan vegetarian, malah turut menawarkan hidangan bukan vegetarian seperti:
• Kari kambing, briyani kambing
• Ayam tikka, briyani ayam, ayam masala
• Kari ikan, ikan goreng
• Telur masala dan telur goreng,


Menurut pemilik restoran, Lawrence Edward, makanan yang disediakan mengekalkan cita rasa masakan rumah, dimasak menggunakan periuk tradisional dan tidak mengalami perubahan dari segi rasa.Beliau turut memaklumkan bahawa restoran ini beroperasi di bawah penyeliaan pengurus, N. Muthuraman.
Tambah beliau lagi, pelbagai hidangan disediakan mengikut cita rasa pelanggan dan makanan juga akan disediakan berdasarkan permintaan pelanggan.





