Rumah ibu Kor Ming terima nota ugutan

Berita Perak

MANJUNG: Rumah ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Ayer Tawar di sini, menerima nota ugutan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pesara kira-kira kira-kira jam 10.15 pagi.

Menurutnya, wanita berusia 76 tahun itu menyatakan, semasa keluar dari rumahnya kira-kira jam 7.30 pagi, dia mendapati banyak kertas bertaburan dihadapan rumahnya dengan tulisan ‘Ngo Kor Ming (Jangan Cabar Islam).

“Pengadu percaya perkataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes diklasifikasikam di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama.

Mohamed Nordin berkata, kes masih di dalam siasatan dan punca kejadian belum diketahui.

“Usaha mengesan individu yang terlibat masih diteruskan dan pihak polis juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” ujarnya.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dapat menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099 bagi membantu siasatan polis.