BUKIT GANTANG: Seramai 34 orang mangsa dari 23 buah keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taman Kaya di sini malam tadi susulan rumah mereka dilanda ribut petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata,
keutamaan adalah memastikan keselamatan serta keperluan asas semua mangsa terjaga dengan sebaiknya.
Tambahan pula dalam bulan Ramadan ini, katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memastikan PPS disediakan selari dengan keperluan ibadah seperti ruang solat, kemudahan bersahur dan berbuka puasa, supaya mangsa dapat menjalani ibadah dalam keadaan yang lebih selesa walaupun diuji dengan musibah.
“Insya Allah, tindakan susulan akan terus disusun bagi memastikan setiap mangsa menerima bantuan yang sewajarnya akibat bencana ini,” katanya dalam hantara di Facebook miliknya awal pagi ini.
Salbiah berkata, secara kebetulan beliau berada di sekitar Taiping dan telah dimaklumkan mengenai kejadian ribut yang melanda sekitar Taman Damai, Taman Indah dan Taman Kaya di Changkat Jering.
Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutama agensi kerajaan, petugas keselamatan, sukarelawan dan komuniti setempat yang bertungkus-lumus membantu menyelaras dan melancarkan bantuan awal ini walaupun dalam suasana Ramadan.
“Semoga semua mangsa diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Kita doakan agar semuanya kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama dan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak telah bertindak pantas dengan membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Taman Kaya bagi menempatkan seramai 34 orang mangsa melibatkan 23 buah keluarga.
Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan serta keperluan asas semua mangsa terjaga dengan sebaiknya. Tambahan pula dalam bulan Ramadan ini, JKM turut memastikan PPS disediakan selari dengan keperluan ibadah seperti ruang solat, kemudahan bersahur dan berbuka puasa, supaya mangsa dapat menjalani ibadah dalam keadaan yang lebih selesa walaupun diuji dengan musibah.
Insya Allah, tindakan susulan akan terus disusun bagi memastikan setiap mangsa menerima bantuan yang sewajarnya akibat bencana ini.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutama agensi kerajaan, petugas keselamatan, sukarelawan dan komuniti setempat yang bertungkus-lumus membantu menyelaras dan melancarkan bantuan awal ini walaupun dalam suasana Ramadan.
Semoga semua mangsa diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Kita doakan agar semuanya kembali pulih seperti sediakala.
Salbiah Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.







