KAMPAR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai cuba menyeberangi lombong di Kota Bharu, Gopeng di sini malam tadi.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kampar memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fazrul Qusry yang beralamat Kota Bharu di sini.
Tambahanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dari Balai Bomba Gopeng pada jam 7.55 malam.
“Seorang lelaki dikatakan lemas semasa cuba menyeberangi lombong, rakan mangsa telah membuat pencarian sekitar lombong sebelum menghubungi pihak MERS.
“Pegawai pasukan bersama lima anggota APM bergerak ke lokasi pada jam 8 malam.
“Bagaimanapun pihak polis menangguhkan pencarian sekitar 9 malam dan operasi akan disambung semula pada Ahad jam 8 pagi,” katanya malam tadi.


